Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Tuesday, August 12, 2008

Petua-Petua Kampung Yang Amat Bagus...

PETUA KECANTIKAN WAJAH

1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk.
Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya
masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan
di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari
sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat
hasilnya segera.

3. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau
majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur
jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah
buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat
seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering
kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda
akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan
mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya,
jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan
wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda.
Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah
wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah
selalu.....

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka..pada bahagian bawah
mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan
baca selawat.

8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk
cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @ sapu pada muka pada waktu pagi dan malam.
Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

10.Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya
ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian
sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa
yg anda hajati akan menjadi.

11.Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok,
ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia
tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan
biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil
madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan
selalu.

12.Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus
(hitam). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah
pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan
sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening
anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan
berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh
sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam.

13. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak

i. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan
sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi Insya'Allah
wajah akan kelihatan berseri-seri.

ii. Otak menjadi bijak: Masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan
minum pada setiap pagi. Insyaallah mujarab.

14. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.

i. Sapu muka dengan telur-merah/putih biar hingga kering

ii. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali
lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari
insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan
kulit muka yang kendur.

15. Menyerikan Wajah
Ambil embun pagi dihujung rumput/daun (di kawasan yang tiada pencemaran)
dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil
berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan
selalu insyaallah.

16. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat
seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik-
bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam
akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya.

17. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum
basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi.
Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan
mudah.Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan
jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga
ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari.
Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah,
sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta
baca Alquran dan berwirid.

18. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga
35 tahun. Petuanya mudah sahaja, apabila bangun dari tidur, (jangan gosok
gigi) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35
tahun pun masih kelihatan muda.

19. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa
amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada
tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum
walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu
sedekah. Selamat mencuba.

20. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua
saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali
selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam
sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda
daripada umur sebenar anda.

21. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka.
Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask
selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga
basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan
menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan
dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat
pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat
jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

22. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan
memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu
kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia
Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan
memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya.
Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda.

23. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan
dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah
seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan
kepada orang lain.

24. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan
pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali
untuk mendapat hasil terbaik.

25. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama
1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap-tiap
malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

26. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya
ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa
muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...