Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Thursday, August 21, 2008

Hikmah Ramadhan...

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
Mendidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan rezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pembaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Harapan Ramadhan!!!

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Lightning Bolt...




Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt mencatat kemenangan
sekaligus mencatat sejarah apabila berjaya mencipta
rekod dunia dalam acara 200m dengan catatan masa 19.30s..
malam semalam dan 0.02s mengatasi rekod lama...5 hari
selepas mencatat rekod dunia dalam acara 100m dengan
catatan masa 9.69s di Sukan Olimpik, Beijing...dan
sehari sebelum dia menyambut birthday yang ke-22..
Catatan masa yang dibuat adalah 19.30s mengatasi
rekod dunia yang dipegang oleh Michael Johnson (USA)
selama 12 tahun...dan sekaligus menyamai pencapaian
yang dibuat oleh Carl Lewis di Los Angeles pada 1984..
iaitu memecahkan rekod dunia bagi 100m dan 200m dalam
temasya sukan yang sama..

Larian yang sememangnya pantas dan meninggalkan
pesaing Shawn Crawford (juara 200m di Athens)
0.66s...Setelah Churandy Martina pelari Netherlands
dan Wallace Spearmon 'disqualified'..

1. Usain Bolt ~ Jamaica ~ 19.30s(WR)
2. Shawn Crawford ~ USA ~ 19.96s
3. Walter Dix ~ USA ~ 19.98s

Wedding ~ School Holidays


Selamat Pengantin Baru Rosniza ~ Alias...

Saat menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki..

Menyambut ketibaan pengantin lelaki..

Pelamin untuk raja sehari...

Duduk bersanding di pelaminan...

Kami yang menyibuk2..

Tersipu2 malulaa kunun...

Kami lagi...memang suke nak pose..huhuhu...


Perkataan perkahwinan dan cuti sekolah seolah-olah
sudah sinonim...Asalkan cuti sekolah pasti ada
majlis perkahwinan berlangsung...Waktu yang paling
strategik dan sesuai..

Ahad lepas aku menyaksikan seorang dari rakan
sekolahku Rosniza @ Iza Mereng menamatkan zaman
bujang...dan kini telah bergelar isteri orang...

Aku keluar rumah seawal jam 9.30 pagi untuk menjemput
rakan2ku..Thirah, Huda & fiancee dan Kamaliah...
Selepas jemput thirah terus ke rumah Huda...tapi
masih di bilik mandi lagi...kami pun decide pergi
isi minyak dulu dan terus beli hadiah...

Selesai beli hadiah, jemput Huda & Yus terus ke rumah
Kamaliah..tapi ternyata orang yang cakap nak gerak
awal tu masih belum siap lagi saat kami jejakkan
kaki ke dalam rumahnya...menunggu memang 1 perkara
yang aku tidak gemar...

Kemudian kami memulakan perjalanan menuju ke rumah
pengantin di Lenggeng..Sampai sahaja di rumah pengantin
pada jam 12 pengantin masih belum bersiap...rupa2nya
mak andam masih belum tiba...Kami pun mengisi perut
kosong dengan juadah yang disediakan untuk tetamu
sementara menunggu pengantin bersiap..Selesai makan
kami naik ke rumah pengantin semula..mak andam belum
sampai lagi..Hampir jam 1 baru mak andam tiba..rupa2nya
dia ade 19 majlis pada hari yang sama..memang tak patut..
tamak sangat sampai menjatuhkan reputasi sendiri je..
Pengantin siap di make-up sebelum jam 2..agak pantas
jugak mak andam tu buat kerja...nasib baik make-up
lawa...kalau tak...

Jam 2 lebih rombongan pengantin lelaki tiba...Belum
sempat mereka habis bersanding kami dah bergegas nak
pulang..masing2 ada hal..aku dah ade appointment ngan
member aku Zuliana a.k.a Girl & hubby (yang kebetulan
pegi majlis kahwin kawan dia kat Sikamat) nak pegi umah
Linda...


Nurin Damia bersama ibunya Linda..sebijik kan muncung diorg??


Nurin bersama Aunty Girl yang dah jadik Mak Buyong...




Nurin Damia ~ 2 years old...



Balik dari majlis kahwin tu, hantar diorg semua balik
aku bergegas ke 'Pasaraya Ocean' jumpa Girl & Mamat
yang dah agak lame tunggu aku..Kami berkonvoi pulak
ke rumah Linda...sampai2 je Linda tengah prepare bihun
sup...sekali ade KFC dan kuih-muih lagi tu..rupe2nye
nak celebrate birthday anak dia 'Nurin Damia' yang
genap berumur 2 tahun...Menjamu selera lagi aku...
sampai rase dah x boleh nak sumbat dah...hihi...


Tak sempat nak tukar baju pon..redah jelaaa...

Balik dari rumah Linda, pegi karaoke plak ngan
budak2 nih...Time kat umah Linda lagi Thirah dah
call ajak karaoke skali...mule2 tuh cam malas gak
mengenangkan kepenatan tapi mane bole lepas chance
nak melalak..hihihi..Selesai berkaraoke, aku bergegas
nak balik pulak coz malam tuh nak tengok Chong Wei
lawan ngan Lin Dan..

Hari tuh memang aku exhausted gile...sehari suntuk
keluar...malam tu aku tido awal..seawal jam 9.45...
sampai Mak Long datang pon aku x sedar..

Wednesday, August 20, 2008

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!




Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Kita berada dalam bulan kemerdekaan...51 tahun negara
kita telah mencapai kemerdekaan...Segalanya hasil titik
peluh dan jerih payah pemimpin dan anak bangsa kita
dahulu yang bertungkus lumus mendapatkan hak kemerdekaan..
Kini negara kita tidak dijajah lagi..tapi apakah kita
pasti bahawa diri kita tidak dijajah..Penjajahan British
dan Jepun telah lama berakhir...namun masyarakat kita..
diri kita sendiri membiarkan diri dijajah oleh anasir
luar yang bukan menjadi budaya dan pegangan hidup kita..
Bebaskan diri anda dari dijajah oleh diri anda sendiri!!!

Huda's Engaged...


Kek hantaran dari pihak perempuan...

Kek hantaran dari pihak lelaki...

Hantaran pihak perempuan...

Huda bersama semua barang hantaran...

Menunggu saat cincin disarungkan ke jari...

Cincin pertunangan..

Saat cincin disarungkan oleh bakal ibu mertua..

Ciuman oleh bakal ibu mertua..hehehe..

Bacaan doa...semua berjalan lancar..
Bersama family dan teman2 rapat..





Pix before and after make-up...

Wajah sebelum dimekap..time baru ditepek ngan foundation..

Saat tengah dimekapkan oleh Dayah merangkap Mak Andam..

Hampir siap..tinggal nak buat rambut je...

100% siap dan sedang menunggu ketibaan pihak lelaki...

Tanggal 16 Ogos menyaksikan sorang dari kawanku
telah bertukar title..dari single kepada tunang
orang...Theme kaler hari itu adalah gold dari
pihak perempuan..manakala dari pihak lelaki
kaler purple...Bukan orang lain pon tunang
dia tuh..kawan sekolah kitorg gak..dari sekolah
rendah lagi lak tuh..

Pada hari itu, aku bertindak sbg usherer...
mane xnye..pagi after aku hantar ezzy ke terminal
aku bergegas ke rumah Huda..ade pesanan penaja..
aku ditugaskan untuk membeli food container di
'Giant' dan mengambil kek di Baker's Cottage...
Selesai tugasan tu aku balik umah sekejap..
Salin baju dan ambil member aku Kamaliah..

Petang tu, kami bertindak sebagai jurufoto tak
bertauliah..dan juga penyibuk di majlis tuh..
nasib baiklaa kami berdua je..trah x dapat nak
stay lame coz ade keje...kalo x mau haru biru..
hehehe..banyak jugak pix yang kami ambil hari tu..
Gambar hantaran..before and after make-up...

Adik Huda, Dayah bertindak selaku jurumekap @
mak andam pada hari tu..nak save cost laa tuh..
Hantaran pon banyak dari idea Dayah...Kami cume
tolong mane2 yang patut..yang paling lawak
bantal untuk Huda duduk time sarung cincin tuh..
originally made by aku and trah..mane xnye..stok
sarung bantal yang x dijahit..main pakai gam gune
glue gun je...atas memanglaa cun..tapi kalo tgk
tang bawah bantal...Tuhan je yg tau...hihihi...
Last minute punye keje..tapi nampak exclusive gak..
Cayalah...Memang kreatif habis...

Tuesday, August 19, 2008

Azizulhasni Kandas di Suku Akhir..



Sekali lagi menyaksikan Malaysia kecundang...Mohd Azizulhasni
Awang gagal melayakkan diri ke saingan separuh akhir apabila
dikalahkan oleh juara dunia Chris Hoy dalam acara berbasikal
trek pecut 200m semalam...satu lagi harapan Malaysia terkubur..
Walaubagaimanapun, Azizulhasni telah mempamer persembahan
yang menarik apabila cuba memberi saingan hebat...namun
ternyata juara dunia tersebut bukanlah tandingannya..
Semangat juang tinggi telah ditunjukkan namun pengalaman
juara dunia tersebut merupakan faktor kekalahannya...
Ditempatkan sebagai 8 peserta terbaik dunia cukup
membanggakan buat anak kelahiran Dungun, Terengganu ini
kerana dia merupakan satu-satunya peserta dari Asia...

Yelena Isinbayeva



Menyaksikan Sukan Olimpik bagi acara Athletic di saluran Astro
semalam membuatkan aku teruja apabila acara lompat bergalah
disiarkan di saluran tersebut...menunggu Yelena Isinbayeva
membuat lompatan samada dapat memecahkan rekod dunia yang
dibuatnya sendiri..5.04m..lompatan pertama adalah pada paras
4.85m..sekali lompatan sahaja..pada paras 4.95m lepas pada
lompatan ketiga..percubaannya bagi memecahkan rekod olimpik
dan seterusnya rekod dunia pada paras 5.05m amat
mendebarkan..gagal pada lompatan pertama dan kedua...
namun berjaya akhirnya pada lompatan ketiga...1 lagi rekod
dunia telah dipecahkan...Yelena menang selesa apabila
meninggalkan pesaingnya dengan jarak 25cm...jarak yang
amat sukar ditandingi...

Monday, August 18, 2008

Wanita



Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

Gold Medal For Malaysia ~ Buried



Perlawanan bermula sekitar jam 8.50 malam...
Memang aku, ayah dan idin nanti2kan perlawanan
tu...Memang kami sangat2 berharap yg Malaysia
akan membawa pulang pingat emas kali ini...

Pada awalnya Lee Chong Wei masih belum menemui
rentak permainan...Permainan lebih dikawal oleh
Lin Dan..pemain dari China..pemain nombor 1 dunia..
dan menjadi pemain favorite China...Chong Wei mula
mengejar mata demi mata..tapi ternyata nasib lebih
menyebelahi Lin Dan yang bermain di tanahairnya
sendiri...sorakan peminat juga memainkan peranan..
penyokong dari China terlalu ramai hingga penyokong
Malaysia tenggelam dalam sorakan mereka..

2nd game menampakkan semangat yang berkobar2 di wajah
Lin Dan..mungkin dapat aura dan semangat dari penyokong..
Chong Wei tetap menampakkan wajah tenang dan bersahaja...
Tapi yang pasti kedua2nya berdebar2 menghadapi lawan
masing2..di samping perang emosi yg mengganggu minda
mereka..Chong Wei ketinggalan mata agak jauh dari Lin
Dan..banyak melakukan kesilapan..sementara Lin Dan
jarang membuat kesilapan..Ini membuatkan kemenangan
lebih berpihak kepada China...Tapi syukur Malaysia
membawa pulang pingat...Walaupun kami agak hampa
dengan kekalahan tersebut kerana merasakan Chong Wei
bermain dengan tidak sepenuh hati...mungkin gentar
dengan pihak lawan dan sorakan penyokongnya...
menjadikan semua serba tidak menjadi...

Keputusan perlawanan... Malaysia ~ China..
12 - 21,8 - 21

Friday, August 15, 2008

Badminton ~ Semi Final



Our national badminton player Lee Chong Wei make a
further step to Semi Final in Olympic, Beijing 2008..
He gonna meet Korean badminton player Lee Hyun this
evening...hopefully he gonna make it to the final
stage..but i'm a little bit afraid coz the korean
also have a strong will to win this match and
make it through to the final level...Go..Go..Chaiyok!!
Malaysia Boleh!!!

Bad News...

I've got bad news from my friend Aida yesterday..
She just miscarriage her baby and was admitted
to Pantai Pandan Indah Hospital..got 1 week MC..
i felt sorry for her...It's all has been fated..
Allah want to test us..whether our 'Iman' strong
enough to face His test or not..I hope that Aida
will recover soon...

I'm also felt sorry for my schoolmate...Zuera
and Aidid that they lost their loved ones..
Zuera had just lost her grandfather and Aidid
had just lost his father...but what Aidid faced
was a very hard one..he's gonna have his big
day (wedding) this Sunday..hope that everything
will be fine...hope that he'll be tough enough
to face all those thing...

Al-Fatihah kepada roh-roh mereka yang telah kembali
ke Rahmatullah..Semoga roh mereka dicucuri rahmat..
dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman
dan beramal soleh...dan mendapat tempat yang baik
di sisi-Nya...Amin...

Akukah Tanggang??



Kelahiran

Angin meniup
Seluruh alam Semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera


Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dari lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat Sukar Disebut lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...