Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Friday, September 26, 2008

Penghujung Ramadhan...

Salam 26 Ramadhan kepada semua...

Tak sangka kita dah berada di penghujung bulan Ramadhan 1429H..
Beberapa hari saja lagi umat Islam akan merayakan kemenangan
mereka...

Hari raya kali ini aku & family akan pulang ke kampung di Batu
Pahat, Johor seperti biasa..yang berbeza kali ini cuma kami akan
pulang ke kampung lebih awal iaitu 2 hari sebelum raya...Biasanya
malam raya baru kami akan bertolak..tapi kali ini saje nak balik
awal sikit..jadi dapatla kami tolong2 ape2 yang patut..

Pada awalnya aku suggest kat mak & ayah untuk beraya di rumah
kami di Senawang sahaja..Sebab kami memang jarang berhari raya
di rumah sendiri..Tapi atas pujuk rayu makcik2 & pakcik2 aku
semua mintak kitorg raya kt kampung jugak..at last mak ayah aku
pon termakan pujuk rayu diorg tuh..aku terpaksalaa akur ngan
keputusan diorg..

Mungkin seminggu jugaklaa kami akan berada di kampung...
Kalau dah balik kampung tu nanti sure mcm malas nak balik
umah plak dah...Tapi suasana hari raya kt kampung skrg ni
x semeriah waktu aku kecik2 dulu..mane xnye time tulaa sume
berkumpul..penuh umah..tapi sekarang ni sejak atok aku dah
xde makin x seronok...kalau ade org tua ni lain cketlaa..
sume mesti nak dtg raya coz nak jumpe ngan org2 tua ni...
Tapi x kesahlaa yang penting semua happy time hari raya ni..

Aku jugak nak mohon ampun & maaf atas segala kesilapan dan
keterlanjuran kata2 atau perbuatan aku terhadap sesiapa pun
terutama family & kawan2 aku serta sesiapa jua samada secara
sengaja atau x sengaja...Aku hanyalah insan biasa yang tidak
lepas dari membuat sebarang kesilapan...

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...