Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Thursday, July 31, 2008

Rambut...

Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap
bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran.
Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama
rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan
mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari
adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan
generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang
dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah
itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu,
stress dan kurang vitamin.

Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah
perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan
personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan
rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan
terus meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran
telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini
adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua
rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan
minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang
sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah
menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih
kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi
dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada
sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah
terus menerus tanpa ditambah dengan klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar,
udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan
pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak
boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang
ditadah adalah air hujan asid.

Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu
menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti
rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya
kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH
pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih
lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu
bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu
bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.

Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut
akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal
menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding
mereka yang tidak merokok.

Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan
rambut.Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya
bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air
perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching semulajadi
pada rambut bewarna terang.

Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang
diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika
terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna
gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut
tidak berkilau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...