Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Tuesday, August 12, 2008

Petua-Petua Kampung Yang Amat Bagus...

PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
1. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
2. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
3. Makanlah biji buah Peria.
4. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
5. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
6. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah
sama nisbahnya.
7. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan
hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
8. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah
direbus.
9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu
madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
10.Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan ke
dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.
Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi
mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,
selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau
makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.
Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.
Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

11. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak
kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari
ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini
agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu
dapatkan ubi kentang biasa rebus (tanpa garam) atau bakar menggunakan
(Oven)apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (sebelum tidur
atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi). Rahsianya tentang ubi
kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin
berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari
anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan
hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan
kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat
perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang
yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

12. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil
makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh :
jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-
hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan.Insyallah gastrik akan
hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

13. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu
subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki
hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih
serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti
pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

14. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan
batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi
suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru
hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang
tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit
batu karang.

15. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama
buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas
bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan
kedalam segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin
Allah, selamat mencuba.

16. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun
jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus (bertengkumus
maksudnya berselubung) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada
setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. (Semasa bersanguh/bertengkumus
atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu
bulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...