Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Tuesday, August 12, 2008

Petua-Petua Kampung Yang Amat Bagus...

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga
kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh
akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.
Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila
anda tidak tahan berlapar, pada kebiasannya anda akan makan
dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma
tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori
pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini
menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui
otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidak
cekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu
badan metabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan
makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan
dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik
untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung
sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan
pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi
lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula
di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana
apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat
menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana
dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya
sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah
gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di
mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau
boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis
atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak.
Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,
mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan
nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda
timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus
asa untuk berdiet.


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar
kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman,
ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin
banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan
sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan
berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa
banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda
ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan
makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal
pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda
kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus
dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa
panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada
untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan
memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh
menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari
minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan
piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru
nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran
yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program
tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan
itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih
lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut
kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin
membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama
akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk
permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan
penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan
cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi
32 kilokalori.

25. BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANGSING
i.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki
tidak melecet dan sihat.

ii.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,
naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan
menaiki lif.

iii.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan
nafas yang dalam.

iv.Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-
sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

v.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang
lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...