Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Tuesday, August 12, 2008

Petua-Petua Kampung Yang Amat Bagus...

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau
nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi
setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam
gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke
dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan
air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari
dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman
ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat
badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis
dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu
meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan
minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam
badan anda.

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas.
Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas
anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari,
anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan
serbuk Kayu Manis dan Madu.

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua
berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan
bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan
makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu
dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba
petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang
telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga
sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan
kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis
yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian
diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang
penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan
kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam.
Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...