Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Tuesday, August 12, 2008

Mengapa Wanita Sering Mengalirkan Airmata??




Wanita seringkali mengalirkan air mata
Tentang hal yang menyentuh jiwa..
Wanita lebih kerap mengeluarkan air mata
Berbanding lelaki berbadan sasa..
Itulah keunikan wanita
Dan itu jugalah kelemahan wanita..

Disebalik lembut bicara semanis kata
Tersirat sejuta rahsia..
Tawa dan tangisnya..
Yang tidak mungkin
Dapat diungkap bersama..

Mengalirkan air mata..
Bukan hobi mereka..
Sebaliknya menyatakan rasa hati mereka
Keluh kesah..
Betapa diri mereka
Hampa kecewa..
Betapa jiwa mereka
Meronta derita..
Betapa hati mereka
Terhiris,terguris pedih..
Betapa jantung mereka
Berdenyut kencang tatkala gembira..
Bersulam bahagia..

Wanita mengeluarkan air mata..
Bukan kerana mereka lemah…!
Bukan kerana impian hidup
Sudah tiada lagi bermakna..!
Bukan kerana ditinggalkan kekasih lama..!
Tetapi bagi menahan seluruh bebanan
Dunia dan isinya..
Dan kerana mereka adalah wanita..
Tuhan mencipta mereka
Menjadi sangat utama..
Terlalu istimewa…
Dan teramat luar biasa..

Buat mereka yang bergelar
WANITA..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...