Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila
Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;
lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini
hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang
pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki
di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir
yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman
pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?
Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya
sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku
boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,
dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian
Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas
itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji
gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji
tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi
Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada
aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan,
ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau
aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya
sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari
sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak
pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas
yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak
percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja
supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya
mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan
kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam,
oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai
hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama
balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali
ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW
oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,
50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam
Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100
kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di
dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke
belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam
yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak
percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila
umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,
iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman
manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK
DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA
HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA
BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH
APABILA DIBELANJAKAN".
No comments:
Post a Comment