Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan.
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya,
sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata
pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu
marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga
sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di
kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak
dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat
bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam
mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar
mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggungjawab.
Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri
apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain
terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati
bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya
suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai
perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah
merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat
keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun
perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka
bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati
bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka
akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak
berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan
tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang
menganggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat
kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.
Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya
untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang
disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka
mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada
orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah
tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi
marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan
buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka
menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan
orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuaikan diri.
Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya
toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala
dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka
yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya
sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka
disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
No comments:
Post a Comment