Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful
Showing posts with label Olympic. Show all posts
Showing posts with label Olympic. Show all posts

Tuesday, August 19, 2008

Azizulhasni Kandas di Suku Akhir..



Sekali lagi menyaksikan Malaysia kecundang...Mohd Azizulhasni
Awang gagal melayakkan diri ke saingan separuh akhir apabila
dikalahkan oleh juara dunia Chris Hoy dalam acara berbasikal
trek pecut 200m semalam...satu lagi harapan Malaysia terkubur..
Walaubagaimanapun, Azizulhasni telah mempamer persembahan
yang menarik apabila cuba memberi saingan hebat...namun
ternyata juara dunia tersebut bukanlah tandingannya..
Semangat juang tinggi telah ditunjukkan namun pengalaman
juara dunia tersebut merupakan faktor kekalahannya...
Ditempatkan sebagai 8 peserta terbaik dunia cukup
membanggakan buat anak kelahiran Dungun, Terengganu ini
kerana dia merupakan satu-satunya peserta dari Asia...

Yelena Isinbayeva



Menyaksikan Sukan Olimpik bagi acara Athletic di saluran Astro
semalam membuatkan aku teruja apabila acara lompat bergalah
disiarkan di saluran tersebut...menunggu Yelena Isinbayeva
membuat lompatan samada dapat memecahkan rekod dunia yang
dibuatnya sendiri..5.04m..lompatan pertama adalah pada paras
4.85m..sekali lompatan sahaja..pada paras 4.95m lepas pada
lompatan ketiga..percubaannya bagi memecahkan rekod olimpik
dan seterusnya rekod dunia pada paras 5.05m amat
mendebarkan..gagal pada lompatan pertama dan kedua...
namun berjaya akhirnya pada lompatan ketiga...1 lagi rekod
dunia telah dipecahkan...Yelena menang selesa apabila
meninggalkan pesaingnya dengan jarak 25cm...jarak yang
amat sukar ditandingi...

Monday, August 18, 2008

Gold Medal For Malaysia ~ Buried



Perlawanan bermula sekitar jam 8.50 malam...
Memang aku, ayah dan idin nanti2kan perlawanan
tu...Memang kami sangat2 berharap yg Malaysia
akan membawa pulang pingat emas kali ini...

Pada awalnya Lee Chong Wei masih belum menemui
rentak permainan...Permainan lebih dikawal oleh
Lin Dan..pemain dari China..pemain nombor 1 dunia..
dan menjadi pemain favorite China...Chong Wei mula
mengejar mata demi mata..tapi ternyata nasib lebih
menyebelahi Lin Dan yang bermain di tanahairnya
sendiri...sorakan peminat juga memainkan peranan..
penyokong dari China terlalu ramai hingga penyokong
Malaysia tenggelam dalam sorakan mereka..

2nd game menampakkan semangat yang berkobar2 di wajah
Lin Dan..mungkin dapat aura dan semangat dari penyokong..
Chong Wei tetap menampakkan wajah tenang dan bersahaja...
Tapi yang pasti kedua2nya berdebar2 menghadapi lawan
masing2..di samping perang emosi yg mengganggu minda
mereka..Chong Wei ketinggalan mata agak jauh dari Lin
Dan..banyak melakukan kesilapan..sementara Lin Dan
jarang membuat kesilapan..Ini membuatkan kemenangan
lebih berpihak kepada China...Tapi syukur Malaysia
membawa pulang pingat...Walaupun kami agak hampa
dengan kekalahan tersebut kerana merasakan Chong Wei
bermain dengan tidak sepenuh hati...mungkin gentar
dengan pihak lawan dan sorakan penyokongnya...
menjadikan semua serba tidak menjadi...

Keputusan perlawanan... Malaysia ~ China..
12 - 21,8 - 21

Friday, August 15, 2008

Badminton ~ Semi Final



Our national badminton player Lee Chong Wei make a
further step to Semi Final in Olympic, Beijing 2008..
He gonna meet Korean badminton player Lee Hyun this
evening...hopefully he gonna make it to the final
stage..but i'm a little bit afraid coz the korean
also have a strong will to win this match and
make it through to the final level...Go..Go..Chaiyok!!
Malaysia Boleh!!!

Wednesday, August 13, 2008

Mara ke Suku Akhir..


Pasukan beregu badminton Malaysia..Koo Kien Kiat ~ Tan
Boon Heong mara ke suku akhir Sukan Olimpik ~ Beijing
2008 selepas menewaskan pasukan Jepun petang semalam...
21-11 dan 21-16 adalah skor yang telah mereka perolehi..
Harap2la Malaysia dapat bawa pulang pingat emas bagi acara
ni..Pasukan veteran Chong Tan Fook ~ Lee Wan Wah pulak kandas
mase aksi sulung mereka di Sukan Olimpik ni..Wong Choong Hann
pon gagal mase pusingan ke-3..KKK ~ TBH akan berjumpa dengan
beregu utama pilihan kejohanan (Indonesia) pd perlawanan suku
akhir nanti..Hopefully Malaysia bakal bawa pulang emas...

Tuesday, August 12, 2008

Gold Medal For Chinese Divers








In the Women's Synchronized Diving 3m Springboard final held at the National Aquatics Center in Beijing on August 10, 2008, Guo Jingjing and Wu Minxia won the gold medal for China with 343.50 points. Russia's Julia Pakhalina/Anastasia Pozdnyakova took the silver medal with 323.61 points. The bronze went to Ditte Kotzian/Heike Fischer of Germany with 318.9 points.

Memang menarik persembahan diorang dan memang layak dapat Gold Medal..
Almost perfect...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...