Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Friday, November 6, 2009

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan
dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau
sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan..

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak
jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil
berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun
apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa
yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah
satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta
tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau
minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad
untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi
atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang
membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah
payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja
keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran
positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

1 comment:

  1. wa, dh update pun....kalau tak dlm listing aku ko la paling last...ingtkan nak cancel a/c dh...ko pun sure dpt org johor jugak, senang citer...blk kg 1 jln

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...