Life Is Short Break The Rules Forgive Quickly Love Truly Laugh Constantly Never Stop Smiling No Matter How Strange Life Is Life Is Not Always The Party We Expected To Be But As Long As We Are Here We Should Smile And Be Grateful

Friday, November 6, 2009

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum
berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan
luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan
dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk
menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau
sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan..

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan
perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari
bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak
jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari
selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil
berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari
isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,
jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun
apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran
mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa
yang penting ada berada di sisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah
satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa
bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta
tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau
minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad
untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi
atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah
sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang
membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah
payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja
keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan
berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri
yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran
positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Tuesday, November 3, 2009

Ya Allah...

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair,
And wished I was as fair,
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle,
She had one leg and wore a crutch,
But as she passed, a smile,
Ya Allah, forgive me when I whine,
I have two legs, the world is mine.

I stopped to buy some candy,
The lad who sold it had such charm,
I talked, with him he seem so glad,
If I werw late, It'd do no harm,
And as I left, he said to me,
"I thank you. You've been so kind.
It's nice to talk with folks like you.
You see." He said."I am blind."
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

Later while a walking down the street,
I saw a child with eyes of blue,
He stood and watched the others play,
He did not know what to do,
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without the word,
Ya Allah, forgive me when I whine,
I have two ears, the world is mine.

With feet to take me where I'd go,
With eyes to see the sunset glow,
With ears to hear what I'd know,
Ya Allah, forgive me when I whine,
I've been blessed indeed, the world is mine.

In Your Eyes...

In your eyes I see your love for me
In your eyes I am anything you want me to be

When I feel the sun, I know we are both one
In the parks where we walk
I hear birds sing and listen to angels as they talk

In your heart I will always be
Because you are a part of me

I keep a smile upon my face
I feel beautiful when in your embrace
Keep me in your arms
I know you will always keep me safe from harm

In your eyes I can see the stars
When I look at the moon, I watch it shine

All my life I will feel your strength
Forever is a long long time

In your eyes, give me your heart and soul
I will hold on and never let you go
You love me, I do not have to pretend
You are the one I will stay with until the world ends

In your eyes, I find peace of mind
You kiss me with such tender care
In your eyes I know you want to hold me close
Love like ours is so very rare

Kembali Berblogging..

Sekian lama aku tidak menulis di blog ini..aku mengabaikan
blog ni hampir 7 bulan...kalo org pregnant dh boyotlaa perut..

Semenjak pemergian arwah mak ke rahmatullah..menyahut seruan
Ilahi, inilah kali pertama aku menulis di blog ini kembali..

Pemergian arwah mak pada tanggal 1 Mei 2009 (jumaat)...
di hadapan aku dan adik2...sewaktu kami tengah berbual2 dan
bergelak ketawa...begitu mudah mak meninggalkan kami...
rasenye seperti baru semalam kami masih bergelak ketawa
bersama...kami sekeluarga redha atas pemergianmu...
kami sentiasa doakan semoga roh arwah mak tenteram dan
ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh..

Sunday, April 5, 2009

Bagaimana Menyayangi Seseorang....

Sayangi dia dengan hati, bukan
dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke
semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia
sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih
ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.

Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan
sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.

Hormati pendirian dan keputusan
dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima
cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta
simpati dan bukannya cinta setulus
hati.

Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna
semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan
anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan
apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.

Jangan berjanji menyayangi dia
untuk selama-lamanya kerana selama-
lamanya bagi anda mungkin akan
berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya
seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk anda berdua.

BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.
Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah
itu hanya layak anda perolehi setelah
anda berjaya menyayanginya sehingga ke
akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih
anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya
upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha
untuk terus menyintai dirinya dengan
apa jua keadaan sekalipun

Akibat Melewatkan Solat!!!

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada
posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya.

Kisahnya.... -.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada
"jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ...
MasyaAllah.. -.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi
penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen
kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La.. kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi.

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak
sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.

Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib ...ataupun yang sengaja
meninggalkan solat...ataupun dan biasa tinggal solat... emel nie sesuai utk direnungi .....

Petua 8P....

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

Suara Yang Didengar Mayat!!!!

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..


Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.....

Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gul ita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...

Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .

Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang

Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Friday, February 6, 2009

North Malaysia Trip...

Salam pagi Jumaat untuk semua...

Pagi ni aku nak story pasal trip ke sebelah utara sewaktu
cuti Tahun Baru Cina pada hujung bulan Jan yang lepas...

25 Jan 2009

Pagi tu seawal jam 6.30 pagi aku dah bangun untuk pack
barang yang nak dibawa...Tengah aku dok rilek2 after dah
siap packed barang aku dapat SMS dr trah yang perjalanan
kitorg ditunda dari pukul 9am ke pukul 11am...Then ada
changes pada plan asal..iaitu kami akan ke Penang dulu
before ke Bukit Merah Laketown Resort untuk menghadiri
kenduri kawin sedara Huda kat sana esoknya..Pukul 10.15
am trah datang jemput aku kat rumah..Kitorg pegi 'Giant'
dulu coz aku nak cari seluar untuk mandi-manda kat sana
nanti...Trah plak mak dia pesan beli gula..Beratur sikit
punya panjang untuk bayar sebab ramai orang...At last
kitorg pegi kat kaunter depan tempat jual rokok barulaa
cepat sikit...Masa kat Giant tulaa Huda call tanye kitorg
ade kat mane..Mak dia dah bising coz diorg dah nak gerak..
Nasib baiklaa dah settle sume..Pastu patah balik umah trah
ambik barang2 dia then terus gerak ke rumah Huda...Nampak
kete mak dia dah jalan dulu...Huda plak dah tunggu kitorg
kat dalam kete dia...Sampai je terus masukkan barang dalam
but kete dan terus memulakan perjalanan kami menuju ke
destinasi pertama iaitu Shah Alam untuk jemput Ina.. member
Huda time dia wat degree kat Uitm Penang dulu...

Keluar tol Batu Tiga tu Huda terus call Ina tanye dia tunggu
kat mane..Dia cakap dia tunggu kat mane ntah..then kitorg
soh dia dtg kat kitorg je coz xtau location dia...Agak lame
gak kitorg tunggu dia...-

Wednesday, February 4, 2009

Meeting @ KWSG..Pemeriksaan Mengejut...

Entry kali ni aku nak story benda yang berlaku
dalam bln Jan jugak..

Kali ni kami yang dari Pantai Barat Semenanjung
dan Zon Selatan dipanggil untuk attend meeting
kat Wisma KWSG yang terletak di Jalan Kg.Attap,
Kuala Lumpur...dan keesokannya kami akan membuat
pemeriksaan mengejut di semua bahagian yang terdapat
di Kementerian Pelajaran Malaysia...

Pada awalnya aku bercadang untuk berulang alik
sahaja dari Seremban...tetapi kemudian aku ubah
plan untuk stay di rumah sewa adik aku kat Kajang..
Then after discuss dengan Najihah & Kak Pah dari
Melaka, kami decide untuk menginap di Hotel Midah
yang terletak berhampiran Wisma KWSG tu...Then ade
member aku offer plak stay kat umah sewa dia utk
keesokan hari tu...

Perjalanan dimulakan dari rumah aku pada pukul 6pm++
selepas Jihah & Kak Pah sampai dari Melaka dan solat
Asar di rumah aku...Kami sampai kat hotel tu jam 8pm++..
Itu setelah ditambah plak dengan sesat barat dan trafik
yang sememangnya sesak...Lepas settle check in hotel
barula kami mencari tempat untuk menghilangkan bunyi
keroncong yang semakin rancak dan dah hampir nak jadi
lagu rock dalam perut kami...After tu terus balik bilik
dan melepaskan lelah sambil menonton movie..Tapi x
dapat nak layan sangat coz mata dan badan dah semakin
lesu...hehe...Actually aku ade appointment ngan bf member
aku tapi aku terpaksa cancel coz aku bukan tau sgt
jalan2 yang ade kat KL ni..lagipun aku sorg2..pastu
dah malam plak tuh...bf ni dia plak xnak dtg kt tmpt
aku tu..jauhlaa kononnya..padahal aku ni nak tolg diorg..
tapi ntahlaa maybe dia pon xnak jumpe aku kot..tapi wat
alasan camtu..kalo tau jalan dah lame dah aku pegi kat
tempat dia tu..cume aku xtau nak pegi dari hotel yang
aku stay tu je..kalo jln yg biasa tu mmglaa aku tau..

Keesokannya pagi lagi kami dah bangun..Breakfast kat
hotel dulu before nak attend meeting..Sampai je di
Wisma KWSG kami dok melepak dulu kat tempat member2..
Dah dekat pukul 9 baru masuk bilik meeting..itu pun
still ade yang x sampai lagi..Meeting dah start barulaa
sekumpulan auditor2 yang baru ni sampai..termasuklaa
slh sorg tu member aku time aku ACCA, then dpt Pembantu
Akauntan sama2..pastu dok serumah dan sebilik lak tu ngan
dia..Now dia dpt PJA plak dok kt Audit Dlm KPM..Kuat lak
jodoh aku nak kawan ngan dia...Sampai2 je diorg kena
introduce diri masing2..then kena bgtau ape yg diorg rasa
time tuh sama ada jiwa bergelora atau minda yg tenang...
Kebanyakannya rasa jiwa diorg bergelora..cuma segelintir
je yang tenang mindanya..Then meeting tu continue sampailaa
pukul 5pm..

After selesai meeting, kami pon terus gerak ke Putrajaya..
Before tu singgah makan dulu kat Food Court Rasa Alamanda..
Then terus pegi rumah member aku kt Pinggiran Putra...
Malam tu kitorg study dulu utk keje yang ktorg nak kena wat
esoknya tu..yelah benda yg x brp nak familiar lagi..tibe2
kena wat..lewat gak kitorg tido malam tuh...nasib baiklaa
member aku dah pesan awal2 soh bwk 'Toto' ngan bantal...
Lena gak aku tido malam tuh..yelah dah penat perah otak
time meeting tu..banyak sangat input ditambah dengan
discussion lagi...Esok pagi2 lagi dah nak kena bangun dah..
Member aku tu kate nak gerak awal coz dia kate selalunya
jammed kalo kuar lambat...

Nak x nak kol 6am aku dah bangun..Kul 7 kitorg dah kuar..
sampai ofis awal gile...Ape lagi nak buat kalo dah sampai
awal for sure laa pegi breakfast dulu..After breakfast
sempatlaa beramah mesra jap ngan org2 kt HQ..Yelah kitorg
yang kat state ni jarang jumpe so kenala maniskan muka dan
ramahkan mulut..Pukul 8.45am boss aku dah tunggu aku ngan
sorg kakak ni yang baru jd PJA kt bwh blok E14 tu...kitorg
terus gerak ke Blok E9 untuk wat pemeriksaan mengejut kat
Bahagian Pembangunan Kurikulum...

Sampai je kat kaunter pertanyaan bahagian tu..tup2..orang
kat kaunter tu cakap diorg ade perhimpunan bulanan plak..
maybe habis dalam pukul 10.30am..tu pon belum tentu lagi..
kalo dah ade perhimpunan tu for sure ade makan2 punye..
dahlaa kitorg nak kena bg report on the spot..then nak kena
submit by 3pm..mmg x bole nak tunggu..terpaksa gak soh diorg
panggil sape2 yang leh entertain kitorg..nasib baiklaa diorg
naik cepat gak..tapi nak dapatkan dokumen tu terpaksa laa
kitorg tunggu lama gak..ade yang sampai kena kena mintak 2-3x..
at last settle gak keje kitorg walaupun lambat..

Petang tu after dah submit report kitorg..Then jihah & kak pah
settle problem pasal workstation diorg dengan PSU kitorg barulaa
kitorg bertolak balik...sampai seremban pon dah dekat pukul
7pm..Then aku bawak diorg makan kat 'Man Tomyam'..Perut lak
memang dah lapar..yelah seharian keje..ngan perah otak lagi...
exhausted gak laa hari tu...Aku sampai kat umah je pon dah dekat
kol 8pm..Jihah & Kak Pah tumpang solat jap then diorg pon
teruskan perjalanan balik ke Melaka plak...Sok tu kena keje
lagi...huhu..

Past Story...

Salam kepada semua...

Maybe dah terlambat aku nak story pasal benda ni..
Tapi aku x kira..Aku tetap nak story gak...Actually
tahun baru ni aku dah dapat dapat boss baru...Dia
report duty 5 Jan yang lepas...Boss aku ni kira
friendly gak la orgnye..Tapi 1st week dia kat sini
dah mengadu kat aku yg dia agak boring gak laa...
Mcm manelaa x boring..dah tentu2 kitorg berdua je
unit ni...pastu xde kawan2 lain nak ajak sembang2..
Aku cakap kat boss aku yang aku ni lagi lame dok
sorg2 kat sini..sampai dah lali dah ngan situasi
mcm ni..Yelah dekat 1/2 thn gaklaa aku sorg2..
Lunch pon kdg sorg2..Sedey kan citer aku...
Tapi nasib baiklaa dulu ade gak zuera yg available
time dia keje kat Bank Rakyat tu...Kejap jelaa pon..
Ni dia dah keje BSN kt KL plak..Then ade plak Abby
member aku time study kat Uitm dulu..Time aku organize
bukak puasa last year baru tahu yang dia dah keje
as Akauntan kt MPS...Tu pon bukan sentiasa available..
kadang tu ade je hal budak tu..Time nak minum pagi tu
adelaa jugak geng cam Trah & Akok..tapi yela masing2
pon ade keje..bukan semua sentiasa available utk kite..

Tapi dah masuk 2nd week tu boss aku dah mula dpt
sesuaikan diri dengan keadaan ni..dia dah mula
belajar makan sorg2...aku bukan xnak teman..tapi
takut nanti org mengata..sekali sekala tu oklaa..
Lagipun seganlaa nanti asyik dia je yang bayar..
tu yang aku xnak tu...Tapi sekurang2nya aku xdelaa
rasa bosan cam dulu lagi...ade jugak orang yang boleh
diajak berbual...kalau x nanti aku asyik tpon org je..

Wednesday, January 28, 2009

1st Entry For 2009

Salam to all...

Ni adalah 1st entry aku untuk blog aku yang agak lama menyepi..
Bukan aku sengaja x hiraukan blog aku ni..actually aku xde
kesempatan untuk menulis..di samping aku cuba mencari kelainan
dalam penulisan blog aku..Aku cuba menjadi lebih matang sesuai
dengan usia yang semakin meningkat dewasa..

Aku akan ceritakan serba sedikit apa yang dah berlaku pada aku
sepanjang aku melewati Januari 2009 ni...

Tahun baru aku kali ni disambut di Cameron Highland bersama
Huda & family kat dalam bilik karaoke kt Hotel Rossa
Passadena...Actually aku follow Huda punye family vacation...
Cuaca kat sana memanglaa sejuk tambah pulak dengan keadaan
cuaca yang boleh dikatakan sentiasa hujan..Perjalanan ke
Cameron bermula pada 31 Dis 2008..Petang tu kami cuma rest kat
dalam bilik sambil layan star movie...then after dinner dok
berkaraoke sampai tengah malam..tu yang sambut new year kt
situlaa kiranya..



Lata Iskandar Waterfall...lalu je..x singgah pon..



View Ladang Teh dari Tea Shop...singgah minum teh jap..



Sempat pose jap before i had my tea..hee...

The next day kami jalan2 kat Cameron Highland..mula2 tu nak
pegi Strawberry Park yang bole pluck sendiri..tapi kebanyakan
sume tutup coz public holiday..aku pun x bape nak faham..
patutnya public holiday lagilaa kena open coz ramai orang..
Kitorg pegi plak kat MARDI..Pastu pegi plak Ladang Teh Boh...
Dapatlaa beli teh kt situ..Tapi kalau nak compare price same
je dengan price boleh dapat kat pasaran...Rasanya murah lagi
yang jual kat supermarket...Then singgah plak kat 'Taman Rama-
Rama'..tapi cam x banyak spesies butterfly pon dan ade plak
spesies yang memang aku palin x gemar skali 'ULAR'..Then
singgah plak kat 'Rose Valley'..Macam2 bunga ade..bukan setakat
bunga ros je..tapi kitorg x dapat plak nak tengok black rose..
Malam tu plak kami dok pekena stimbot kat hotel tu..nak kuar pon
payah gak coz hujan dari petang tu x berhenti...Balik bilik plak
layan dok tengok 'Puaka Niyang Rapik'..Actually aku x follow pon
citer hantu jongos tu..tapi terpaksa tengok coz Huda follow citer
tu..After tu aku ngan Huda dok layan tengok 'Pirates of The
Caribbean'...



Aksi aku time nak pluck sendiri strawberi..excited gile..



Antara spesies rama2 yang paling banyak kt Taman Rama-Rama tu..



Bunga ni aku xtau name dia ape..asal nampak view cantik je nak pose..



Aqila pon sibuk nak follow cik izza..sanggup mencelah kat pokok2 teh tu jugak..



Dapat gak ambik gambar kt bunga2 matahari @ MARDI ni...

Keesokannya plak pagi2 lagi aku dah bangun..mandi awal coz nak
kena kuar pegi carik tuuut..hehe..rahsia wanita..nasib baiklaa
kedai runcit banyak jugaklaa..xdela susah nak cari..Huda as
usual bangun lambatlaa coz tido kan memang hobi dia..huhu..Pagi
tu terus check out dan terus menuju ke Cactus Valley..dah
shopping cactus kitorg pon singgah 'brunch'sebelum teruskan
journey ke Strawberry Park..Kali ni cuma aku ngan Huda je yang
masuk..Akhirnya tercapai hasrat kitorang nak pluck strawberi
sendiri..1/2 kg je dah RM 20..before masuk bayar dulu then bile
kuar kena bayar if more than that...After tu teruskan perjalanan
lagi..Singgah plak beli sayur2an dan beli ape2 yang patut untuk
bawak balik..Siap makan strawberi,cherry tomato n marshmallow
cicah coklat lagi..bonet memang penuhlaa...nasib baik muat lagi..



Salah satu jenis cactus yang kitorg beli...cute kan??



Haha..kunun2nye la nak pegang cactus tu..acah je..

Then teruskan lagi journey ke rumah bapak Huda kat Ipoh...
Sempat lagi borong kuih-muih...singgah mandi dan teruskan
journey plak ke Batu Gajah umah Mak Nyah dia..pekena kopi ngan
kuih yang kitorg bawak..Pastu barulah teruskan perjalanan balik
melalui jalan lama...Sampai umah Huda dah pukul 10 lebih..aku
decide nak balik terus coz dah x larat..kalo stay nanti silap2
kena tido situ plak...hehe..btw thanks to Huda and family coz
invite aku join family trip ko...

Next story aku tulis kat entry lain plak la ye..Nanti panjang
sangat lak entry aku ni..Walaupun memang banyak benda yang
aku nak luahkan kat sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...