Jika kamu menadah air, biarlah berpada jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ianya begitu teguh cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa anggaplah ia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu menerimanya akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya
Jika kamu memancing ikan dan setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu janganlah sesekali kamu melepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu mengenyangkan berkhasiat Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya, kamu akan menyesal
Begitu juga jika kamu bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain, terlalu mengejar kesempurnaan kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah
No comments:
Post a Comment