Apabila ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan 1 kelemahan
Kau mungkin menjauhinya
Andai ingin berteman
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan 1 keburukan
Kau akan membencinya
Andai ingin seorang teman
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya
Andai ingin berteman
Terimalah dia seadanya
Kerana dia hanya insan biasa
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna
Kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini
No comments:
Post a Comment